Sabtu, 18 Februari 2012

Cara-cara Menunaikan Solat Jama' dan Qasar


Solat Jama’ boleh dilakukan dalam dua cara :-

Pertama : Jama' Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib.
Syarat-syarat melakukannya :
1)  Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak dikemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. 
2) Berniat Jama' ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. 
3) Mestilah berturut-turut (Muwalat).

Kedua : Jama' Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktusolat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).
Syarat-syarat melakukannya :
1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama ( niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak )
2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.




Pautan ke.....








Cara Melakukan Solat Jama' dan Qasar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan