Ahad, 15 Januari 2012

Solat Jama' & Qasar









Assalamualaikum......
ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.....
Selamat Datang Ke Blog saya......

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk
1. Membincangkan tentang rukhsah ( keringanan ) yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang bermusafir
2. Membincangkan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu Solat Jama' dan Qasar                    



SOLAT JAMA' DAN QASAR :


PENGERTIAN SOLAT JAMA' DAN QASAR


Pengertian  Solat Jama' :
Jama' ( pada bahasa ) menghimpunkan
Jama' ( pada istilah ) Menghimpunkan dua solat fardhu dan dilaksanakan dalam satu waktu

Dalil Solat Jama' :  
Daripada Anas bin Malik RA, yang bermaksud bahawa nabi SAW apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda akan menangguhkan solat zuhur hingga ke waktu asar, kemudian baginda turun dan menjama'kan kedua-dua solat tersebut.Tetapi sekiranya gelincir matahari sebelum baginda berangkat, baginda akan menunaikan solat zuhur lalu berangkat
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Pengertian Solat Qasar : 
Qasar ( pada bahasa ) memendekkan
Qasar ( pada istilah ) Memendekkan solat yang empat rakaat kepada 2 rakaat selagi seseorang itu berada
            dalam musafir.

Dalil Solat Qasar : 

واذا ضربتم فى الأرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصلوة
dan apabila kamu berjalan di muka bumi maka tiada halangan bagi kamu mengqasrkan solat mu

Hukum Solat Jama' dan Qasar
1. Harus bagi orang Islam yang bermusafir sebagai rukhsah daripada Allah
2. Mengikut Imam Syafie;
    i.  Harus sekiranya musafir itu lebih dari 2 marhalah, tetapi kurang dari 3 marhalah
        ( 2 marhalah = lebih kurang 89 km @ 56 batu )
   ii. Perjalanan yang lebih dari 3 marhalah solat qasar adalah lebih baik daripada solat tamam ( sempurna rakaat )
3. Ibnu Qayyim berpendapat; hukum solat qasar adalah wajib sekiranya dalam musafir berdasarkan hadis
    yang diriwayatkan oleh Jamaah Perawi:
    Daripada Yaala bin Umaiyah, katanya Umar Ibnu al-Khattab pernah bertanya kepada Rasulullah SA mengenai solat Qasar dan Rasulullah menjawab " Ia merupakan sedekah Allah yang dikurniakan olehNya kepada kamu semua, maka terimalah sedekah itu ".

Tujuan diharuskan Solat Jama' dan Qasar :
1. Memudahkan musafir untuk melaksanakan perintah Allah ketika dalam perjalanan
2. Menggalakkan musafir untuk melaksanakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah


BINCANGKAN.....

1. Adakah kita boleh melakukan solat Jamak ketika tidak musafir. Berdasarkan hadis di bawah ini, bincangkan.....


Daripada Ibnu Abbas RA, katanya : 
Rasulullah SAW sering menjamakkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya', dalam keadaan tidak takut dan musafir. ditanya mengapa baginda melakukannya, Ibnu Abbas RA menjawab : أراد أن لا يحرج أمته yang bermaksud "baginda tidak mahu memberikan kesempitan kepada ummatnya" 
( diriwayatkan Muslim )







Syarat-syarat Perjalanan
1. Hendaklah perjalanan itu mempunyai tujuan yang baik
2. Perjalanan tersebut melebihi 2 marhalah ( 89 km @ 56 batu )
3. Tempat tujuan telah ditetapkan

Syarat-syarat sah Solat Qasar
1. Hendaklah diniatkan qasar ketika takbiratul ihram
2. Solat yang boleh diqasarkan hanyalah solat yang mempunyai 4 rakaat sahaja
3. Masih dalam keadaan bermusafir ketika mengerjakan solat qasar
4. Mengetahui hukum solat qasar dan mengetahui cara melakukan solat qasar
5. Tidak berniat untuk tinggal  melebihi 4 hari

Syarat-syarat sah Solat Jama' Taqdim
1. Solat waktu yang kedua ditunaikan dalam waktu yang pertama;
    Contoh ; solat asar ditunaikan dalam waktu zohor, dan solat isya' ditunaikan dalam waktu maghrib
2. Hendaklah diniatkan jama' dalam waktu yang pertama (waktu zohor @ waktu maghrib )
3. dilaksanakan secara bertuurut-turut dan tidak diselangi dengan wirid atau doa
4. Perjalanan masih berterusan sehingga selesai takbiratul ihram solat yang kedua

BINCANGKAN.....

2. Apakah hukum bagi golongan yang berdoa di antara 2 solat ( selepas menunaikan solat zohor sebelum menunaikan solat asar, dan solat maghrib sebelum  menunaikan solat isya' ) ketika melakukan solat Jamak dan Qasar. Bincangkan.....


Syarat-syarat sah Solat Jama' Ta'khir
1. Hendaklah berniat solat Jama' Ta'khir  setelah masuk waktu pertama ( zohor @ maghrib ) dan sebelum habis waktu tersebut
2. Kekal dalam perjalanan sehingga selesai solat tersebut ditunaikan

BINCANGKAN.....

 3. Mohammad berhasrat untuk pergi ke rumah kawannya di Kampung Lepau, Pengerang. Jarak perjalanan dari rumahnya hanya 84km sahaja, tetapi Mohammad telah sesat kerana terlupa dimana  kampung dan rumah kawannya sehingga menyebabkan perjalanan itu mencecah 112km.
Berdasarkan syarat perjalanan dan syarat sah solat Qasar, adakah Mohamad dibolehkan melakukan solat Jama'  dan Qasar? Bincangkan.....


Pautan ke.....
Solat Jamak dan Qasar

17 ulasan:

  1. Bagus di adakan risalah2 yg begini.boleh di jadikan tempat rujukan

    BalasPadam
  2. Pada pendapat saya solat jama' dan qasar mestilah dilakukan secara berturut-turut, sekiranya di selangkan dengan doa dan wirid maka solat jama' dan qasar tersebut akan terbatal dan hendaklah dilakukan semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apakah dalil yang menyebabkan anda berpendapat sedemikian? sila jelaskan

      Padam
    2. Ia terkandung di dlam syarat2 sah solat jamak dan qasar iaitu melakukannya secara berturut2(muwalat). Ini bermaksud solat itu tidak boleh di selang kan dalam tempuh masa yang lama.

      Padam
    3. bagaimana pula jika ia diselangkan dalam tempoh yang lama? adakah mereka perlu mengulangkan semula solat tersebut atau ia akan terbatal? boleh terangkan tak

      Padam
    4. ya.solat tersebut perlu diulang semula apabila diselang dalam tempoh yg lama.

      Padam
  3. Adakah solat jamak boleh di laku kan jika kita tidak berada di dalam keadaan musafir ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahulah...... boleh tak? ada atau tidak dalil yang membolehkannya? rasanya saya dah tulis pada isi solat jamak dan qasar tu..... ha tak baca ya

      Padam
  4. solat jamak qasar merupakan kemudahan yg dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada org islam..justeru itu,sebagai seorg muslim..tidak sepatutnya kita mudah untk mnggalkan solat...tanpa alasan...

    BalasPadam
  5. Menarik bagi panduan orang yang bermusafir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas komen tu..... tapi pendeknya. tulislah panjang-panjang. baru best.

      Padam
    2. Assalamualaikum..
      Tajuk yang baik untuk dibincangkan.. pada pendapat saya, walaupun telah diberi kemudahan oleh Allah kepada kita sebagai hambanya tetapi x ramai yang mengamalkannya apabila diwaktu musafir, malah meninggalkan terus kewajipan solat itu.. harap-harap dengan ada blog seperti ini dapat menjadi panduan buat kita..

      Padam
  6. tajuk perbincangan bagus.Solat jamak qasar adalah ruhsah atau keringanan yang diberikan allah untuk memudahkan hambanya asalkan mengikut syarat yang ditetapkan.

    BalasPadam
  7. terima kasih. memang solat jamak dan qasar adalah rukhsah daripada Allah untuk hambanya..... tetapi syarat perjalanan untuk membolehkan seseorang itu jamak dan qasar bermula dari keluar rumah atau keluar dari daerah?

    BalasPadam
  8. hai kawan-kawan...... boleh tak kita hanya solat qasar sahaja tanpa dijamakkan apabila kita berada dalam musafir? seperti solat zohor diqasarkan dari 4 rakaat kepada 2 rakaat pada waktu zohor dan mengqasarkan solat asar kepada 2 rakaat dalam waktu asar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kawanku,ianya diharuskan dalam islam,jika kita dalam musafir yang melebihi perjalanan 2 marhalah.

      Padam
  9. adakah niat solat jama' dan kasar hanya sekali iaitu pd awal solat? atau 2x niat, niat lg setelah beri salam solat pertama?

    BalasPadam